Aksi seorang anggota polis terjun dan tangkap seorang lelaki mengamuk dalam satu kejadian di Persiaran Hamzah Alang, Taman Meru Indah, Klang pagi tadi patut dipuji.
Dalam video yang tular pagi tadi, seorang anggota polis dilihat terjun ke arah seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman selepas mencetuskan huru-hara di atas sebuah lori kontena.
Lelaki tersebut yang dilihat memegang satu objek seakan senjata di tangan kanannya berjaya diberkas selepas usaha memujuk berlangsung selama 14 minit.
Polis tersebut berjaya melompat sebelum bertindak memeluk lelaki berkenaan selepas anggota bomba dan orang ramai berjaya mengalihkan perhatiannya.
Baca artikel berkaitan: Ditawar 30 juta baht, ibu Tangmo Nida maafkan pemilik bot

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, seorang lelaki mengamuk malah bersilat di atas lori kontena sehingga mencetuskan suasana tegang di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihak polis menerima maklumat daripada seorang lelaki berbangsa India mengatakan orang tidak siuman berada di atas lori kontena pada pukul 10.58 pagi.
Katanya lelaki warga Indonesia itu berjaya diberkas anggota polis dengan bantuan pihak bomba.
“Lelaki tersebut telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan 12 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan awam kira-kira pukul 11.07 pagi.
Katanya, setiba di lokasi anggota bertugas meletakkan jentera bomba bersebelahan lori kontena tersebut bagi memudahkan pihak polis menahan lelaki berkenaan.
“Kira-kira 14 minit masa diambil bagi mengawal keadaan sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.29 pagi, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Norazam, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

