Ibu kepada Tangmo Nida memaafkan pemilik bot laju, Tanupat “Por” Lerttaweewit selepas ditawarkan 30 juta baht (RM3.83 juta) sebagai pampasan kepada kejadian yang menimpa anaknya pada 24 Februari lalu.
Panida Siriyuthayothin membuat kenyataan itu semasa satu sesi wawancara di Channel 3 semalam, mengatakan dia memaafkan Tanupat dan seorang lagi rakan yang bersama Tangmo ketika kejadian, Phaiboon “Robert” Trikanjananun.
Memetik laporan Bangkok Post, dia membuat keputusan itu selepas Tanupat menelefonnya setiap hari memohon maaf sejak insiden itu berlaku.
Baca artikel berkaitan: Kisah di sebalik kematian Tangmo Nida
Panida menerima tawaran pampasan itu, satu jumlah yang dicadangkannya sendiri kepada Tanupat.
“Bayangkan jika Tang Mo memperoleh satu juta bath daripada siri TV. Jika dia masih hidup untuk tempoh 30 tahun lagi, saya bundarkan angka itu kepada 30 juta. Ini tidak termasuk hasil pendapatan daripada sesi fotografi sebagai model,” kata Panida yang turut menafikan kemaafan itu kerana jumlah wang yang bakal diterima.
Bagaimapun dia meluahkan rasa kecewa dan tidak dapat memaafkan pengurus Tangmo Idsarin “Gatick” Juthasuksawat kerana gagal memaklumkannya mengenai tragedi menimpa Tangmo sehinggalah hari ketiga.
Dia juga menjelaskan pampasan yang diterima tiada kaitan dengan siasatan kes kematian anaknya itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

