Dividen LTAT 4.1 peratus, tertinggi sejak 2018 – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LEMBAGA Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan dividen berjumlah 4.1 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021. 

Pembayaran dividen itu juga meningkat 0.6 peratus berbanding 3.5 peratus yang diumumkan untuk tahun 2020. 

Kadar dividen yang direkodkan tahun ini juga merupakan jumlah tertinggi sejak tahun 2018. 

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada LTAT dan Kementerian Pertahanan atas pencapaian berkenaan. 

“Sukacita saya ingin memaklumkan dividen LTAT tahun 2021 adalah sebanyak 4.1 peratus, merupakan yang tertinggi sejak 2018. 

“Tahniah Mindef (Kementerian Pertahanan) dan LTAT!,” katanya dalam ciapan tersebut. 

Baca artikel berkaitan: PM lancar karnival kerjaya tawar 5,000 kekosongan

Untuk tahun 2020, LTAT mengumumkan pembayaran dividen 3.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, meningkat daripada 2.5 peratus pada 2019.

Ismail Sabri yang ketika itu merupakan Menteri Kanan Pertahanan memaklumkan, beliau berpuas hati dengan keputusan itu lebih-lebih lagi dicapai dengan persekitaran ekonomi mencabar berikutan pandemik COVID-19 yang menyebabkan pergolakan ekonomi serta turun naik pasaran pada 2020.

Sebagai rekod, pembayaran dividen LTAT mencatatkan kadar terendah pada tahun 2018 iaitu sekadar dua peratus sebelum naik sedikit kepada 2.5 peratus pada 2019.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This