SEORANG penjual jamu wanita nyaris dilanggar sebuah van selepas terbabas ke bahu jalan ketika berbasikal arah bertentangan dalam satu kejadian pada Jumaat lalu.
Menurut laporan Tribune Pekanbaru, video detik cemas itu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebatang jalan di Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia yang tular hari ini.
Tindakan pantas wanita itu turun ke tepi jalan sebelum sebuah van mini putih melanggar basikal yang membawa barangan jualan jamu berjaya menyelamatkan nyawanya sendiri.
Baca artikel berkaitan: 2 penunggang motosikal nyaris maut dirempuh lori sampah mengundur
Kejadian itu berjaya dirakam dua buah kamera CCTV di tempat kejadian yang menunjukkan wanita itu terpingga-pingga mencekak pinggang selepas van tersebut melarikan diri.
Van itu turut hampir terbabas dan melanggar papan tanda yang berada di tepi jalan di tempat kejadian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

