“Mama lihat sesuatu merangkak laju dari bilik saya..”- Ayda Jebat kongsi pengalaman seram ketika menginap di hotel

Dari Penulis

PELAKON dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat, 30, mendedahkan anak sulungnya, Ana Nayla tidak henti menangis akibat ketakutan selepas bermalam di sebuah hotel di ibu negara.

Menerusi perkongsian Ayda di InstaStory, dia memaklumkan telah mendaftar masuk di sebuah hotel bersama suami, ibu dan bapanya atas urusan kerja pada Jumaat lalu.

“Saya dan Nabil mendaftar masuk di sebuah hotel di Kuala Lumpur atas tujuan kerja. Saya ambil dua bilik besar yang menghubungkan antara dua bilik.

“Satu bilik untuk saya dan satu untuk mama dan baba. Masuk sahaja bilik hotel Ana Nayla terus menangis dan jika awak dengar sendiri pun boleh tahu dia dalam ketakutan.

“Macam-macam dilakukan termasuk melaungkan azan tetapi dia masih menangis tanpa henti sampai tersedu-sedu. Saya dan Nabil pun rasa ingin menangis,” katanya.

Tambah pelantun lagu Temberang itu lagi, dia tidak fokus melakukan kerja apabila puteri kesayangannya itu menangis tidak henti serta tidak mahu menyusu.

Malah, keadaan semakin membimbangkan selepas Ayda mendengar cerita daripada ibunya yang ternampak satu lembaga merangkak dari bilik pelakon itu ke biliknya.

“Setelah selesai sesi latihan kira-kira pukul 12:30 malam, ibu memaklumkan dia terlihat kelibat satu lembaga merangkak daripada bilik saya ke biliknya.

“Ketika itu, anak saya sudah tidur sebab kepenatan menangis. Mama tarik saya dan Nabil pergi ke tepi dan beritahu bilik hotel ini tidak ‘elok’.

“Mama terlihat sesuatu merangkak laju dari bilik saya menerusi pintu sambungan itu dan terus pergi ke bilik air,” ujarnya lagi

Bahkan, pihak hotel turut memberitahu kepada Ayda bahawa bilik yang diberikan kepada pelakon itu baru sahaja dibuka setelah sekian lama tidak dihuni.

Demi keselamatan anak dan keluarga, Ayda mengambil keputusan dengan tidak menginap di hotel tersebut dan pulang ke rumah kira-kira jam 2.40 pagi pada hari kejadian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This