Banjir: Hampir 1,000 dipindahkan di ibu negara

Dari Penulis

HAMPIR 1,000 mangsa di ibu negara dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Saraswathy, di Jalan Klang Lama setakat tengah malam tadi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, di Dewan Sultan Sulaiman, mangsa terdiri daripada 84 keluarga melibatkan 381 orang.

Seramai 560 orang pula ditempatkan di SJKT Saraswathy melibatkan 145 keluarga dan menurut Shahidan, keadaan terkawal.

Menerusi Facebook beliau, Shahidan berkata mangsa-mangsa yang ditempatkan di sekolah itu adalah penduduk Kampung Pasir, Pantai Dalam.

“Berada di PPS SKJT Saraswathy, Kuala Lumpur yang menempatkan 560 mangsa-mangsa banjir dari Kampung Pasir, Pantai Dalam.

“Turut turun membantu bersama, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

“DBKL bersama agensi penyelamat siap siaga, memastikan semua mangsa selesa dan mendapat bantuan yang sewajarnya,” katanya.

Shahidan Kassim bersama Fahmi Fadzil meninjau PPS SJKT Saraswathy di ibu negara semalam.

Sementara itu, lapor Bernama, seorang mangsa banjir, Nor Faridah Abdul Rashid, 63, berkata air mulai naik selepas 30 minit hujan lebat bermula.

“Rumah saya berbentuk tradisional, bahagian depan rumah terletak kira-kira empat kaki tinggi daripada tanah, masa kejadian, bahagian dapur telah dimasuki air,” katanya.

Mohd Roslan Shamsuddin,39, pula berkata beliau tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan di rumahnya kerana sedang bekerja.

“Selepas habis kerja saya pulang ke rumah dan dapati rumah saya dinaiki air sedalam paras pinggang, barang-barang seperti televisyen, katil dan tilam semua rosak akibat banjir,” katanya semasa ditemui di PPS itu.

Beliau juga berharap pihak bertanggungjawab dapat memperbaiki sistem perparitan di sekitar Kuala Lumpur agar kejadian banjir dapat diatasi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This