Had operasi bagi premis perniagaan dimansuhkan – Perdana Menteri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN memutuskan had operasi bagi setiap premis perniagaan akan dimansuhkan bermula 1 April ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, setiap premis perniagaan dibenarkan untuk melaksanakan waktu operasi mengikut syarat lesen masing-masing.

“Ini bermakna rakyat dibenarkan untuk makan di mana-mana restoran selepas jam 12 malam.

“Restoran yang mempunyai lesen untuk beroperasi 24 jam juga dibenarkan untuk melaksanakan waktu perniagaan mereka seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas Fasa Peralihan ke Endemik hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tiada lagi penjarakan sosial 1 meter dalam rumah ibadah – Perdana Menteri

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, pemansuhan itu juga dilihat akan memberi manfaat kepada umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan nanti.

Ujar beliau, pemansuhan had operasi perniagaan itu akan membolehkan umat Islam untuk bersahur di restoran pilihan masing-masing.

“Memandangkan selepas ini akan ada restoran yang boleh beroperasi 24 jam, maka ia akan memudahkan umat Islam bersahur di situ,” katanya.

Ismail Sabri menambah, pendaftaran masuk ke premis perniagaan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan bagi setiap individu.

Katanya, pemakaian penutup muka juga masih lagi diwajibkan bagi semua orang walaupun negara sudah beralih ke fasa endemik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This