Sempadan Malaysia dibuka mulai 1 April, rakyat bebas ke luar negara – Ismail Sabri

Dari Penulis

KERAJAAN memutuskan untuk membuka semula sempadan negara ini mulai 1 April yang membolehkan rakyat Malaysia ke luar negara dan juga menerima pelancong dari luar negara tanpa sebarang syarat yang terlalu ketat.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa dan mengunjung mana-mana negara yang telah turut membuka sempadan mereka sepenuhnya.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan tiga perkara asas iaitu panduan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara.

“Rakyat luar negara dengan dokumen yang sah juga boleh keluar masuk ke negara ini tanpa perlu memohon my travel pass yang akan dimansuhkan tidak lama lagi,” katanya dalam sidang akhbar khas mengenai negara yang akan memasuki fasa peralihan endemik di Parlimen hari ini.

Katanya, Malaysia kini adakah destinasi terbuka dna boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja dengan mematuhi beberapa syarat yang tidak membebankan.

BERITA BERKAITAN Sempadan negara akan dibuka dalam masa terdekat – PM

“Mereka hanya perlu memuat turun aplikasi My Sejahtera dan mengisi borang kemasukan dan perlepasan Imigresen seperti biasa,” tambahnya.

Katanya, bagi mengawal penularan virus Omicron yang masih tinggi, beberapa prosedur perlu dipatuhi seperti pelancong perlu menjalani ujian COVID-19 PCR dua hari sebelum berlepas dan ujian RTK dalam tempoh 24 jam selepas kembali ke dalam negara.

“Bagi rakyat negara yang telah mengambil vaksinasi lengkap iaitu dua dos suntikan, tiada keperluan untuk mereka menjalani sebarang tempoh kuarantin,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, bagi rakyat negara ini yang tidak divaksin atau status vaksinasi lain, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin akan memberikan butiran terperinci esok.

Ismail berkata, bagi negara-negara yang belum membuka sempadan mereka sepenuhnya, rakyat negara ini masih boleh mengunjungi negara tersebut yang mempunyai Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) seperti Singapura dan Indonesia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This