Aplikasi khas untuk golongan LGBT berhijrah – Jakim

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil pendekatan kreatif untuk mendekati golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dengan membangunkan aplikasi khas Hijrah Diri.

Jakim menerusi hantaran di Twitter hari ini berkata, pembangunan aplikasi tersebut dilakukan dengan kerjasama Yayasan Ihtimam Malaysia.

Menurut Jakim, objektif utama aplikasi tersebut adalah untuk membantu golongan LGBT kembali kepada fitrah.

“Aplikasi ini mengandungi e-book yang merujuk kepada pengalaman benar seorang gay yang berhijrah pada bulan Ramadhan untuk meninggalkan perlakuan homoseksual.

“Antara kandungan aplikasi ini ialah wirid al-ma’thurat, doa dan zikir terpilih yang warid daripada Nabi Muhammad SAW.

“Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan kertas kerja berkaitan isu LGBT menurut perspektif Islam serta tazkirah dalam bentuk audio,” kata jakim.

Baca artikel berkaitan: MAIS akur keputusan mahkamah, namun tidak iktiraf LGBT

Jakim menambah, aplikasi Hijrah Diri itu hanya tersedia di Google Play Store.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This