KES harian COVID-19 mencatatkan rekod jangkitan sebanyak 31,490 kes semalam, menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 3,680,953. 

Daripada jumlah kes yang direkodkan semalam, 18,623 kes berada dalam kategori 2, 12,692 kes kategori 1, 62 kes kategori 2, 61 kes kategori 5 dan 52 kes kategori 4.

Bagi kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), sebanyak 373 kes direkodkan yang mana 153 daripada jumlah tersebut disahkan Covid-19 dan 220 kes lagi masih dalam siasatan.

Untuk kes yang memerlukan bantuan pernafasan, 223 kes direkodkan yang mana 94 daripada jumlah tersebut disahkan Covid-19 manakala 129 lagi masih dalam siasatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat semalam, sebanyak sebanyak 1,967 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital.

Daripada jumlah tersebut, beliau menjelaskan, 691 kes adalah kategori 3,4 dan 5 manakala 1,276 kes lagi adalah kategori 1 dan 2.

“Enam negeri menunjukkan pengisian melebihi 50 peratus bagi katil kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU). 

“Negeri berkenaan adalah Kelantan (73 peratus); Kuala Lumpur (65 peratus); Johor (63 peratus); Selangor (61 peratus); Perak (55 peratus) dan Putrajaya (50 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: KKM, Futurise tubuh Makmal Kawal Selia Perkhidmatan Kesihatan Dalam Talian

Noor Hisham menambah, daripada 175 kes Covid-19 kaetgori 3, 4 dan 5 yang direkodkan semalam, 39 daripada jumlah tersebut adalah individu yang tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi.

Katanya, 90 kes daripada jumlah itu pula ada individu yang telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak.

“46 daripada 175 kes Covid-19 semalam adalah mereka yang telah menerima dos penggalak.

“107 daripada jumlah kes tersebut adalah mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan 43 kes adalah mereka yang mempunyai komorbid,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram