KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan pelbagai inisiatif daripada segi infrastuktur komunikasi di Kota Tinggi, Johor.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, antara langkah yang diambil adalah dengan pembinaan lebih banyak pencawang telefon selular di kawasan tersebut.
Menurut Annuar, hal itu bagi membolehkan penduduk di Kota Tinggi meningkatkan taraf hidup menerusi perniagaan dalam talian.
“Saya juga telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan untuk meningkatkan perkhidmatan khususnya di kawasan berpenduduk.
“KKMM turut mengambil tindakan membina struktur pemancar baharu, naik taraf stesen pemancar sedia ada, penyambungan rangkaian gentian optik dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi).
“Satu daripada 13 struktur pemancar baharu telah siap dilaksanakan manakala 12 daripadanya lagi sedang dalam pelaksanaan.
“Untuk kerja naik taraf stesen pemancar pula, 70 telahpun siap dan sebanyak tiga stesen lagi proses naik taraf sedang giat dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Annuar Musa perbaharui kerjasama telekomunikasi Malaysia-Indonesia
Mengulas lanjut, Annuar berkata, sebanyak 3,934 premis sedang dilengkapi dengan penyambungan gentian optik sementara 669 premis lagi telah dilengkapi kemudahan tersebut.
Jelas beliau, kemudahan enam PEDi sedia ada di Kota Tinggi juga turut memberi nilai tambah dan kemudahan kepada para penduduk setempat dalam melaksanakan urusan seharian mereka.
“Setakat suku keempat 2021, liputan 4G di Johor berada pada paras 98.68% dan angka berkenaan disasarkan akan meningkat kepada 99.14% menjelang akhir 2022.
“Bagi kelajuan jalur lebar pula, setakat suku keempat 2021, ianya adalah selaju 28.15Mbps dan disasarkan akan meningkat kepada 35Mbps,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram