PRN Johor: 6 peratus sudah keluar mengundi

Dari Penulis

SEBANYAK enam peratus pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka setakat JAM 9 pagi ini.

Pusat pengundian bagi pemilih biasa bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mula dibuka jam 8 pagi tadi.

Johor mempunyai lebih 2.5 juta pemilih yang bertanggungjawab memilih 56 Ahli Dewan Undangan Negeri.

Keseluruhannya seramai 239 calon menawarkan diri yang terdiri daripada 10 parti dan Bebas.

Sementara itu, lapor Bernama, dua bekas menteri besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Dr Sahruddin Jamal adalah antara yang terawal keluar mengundi hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 1, Pasir Gudang manakala Dr Sahruddin yang juga calon Perikatan Nasional (PN) DUN Bukit Kepong mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lenga, Pagoh di Muar.

Mohamed Khaled sebelum ini pernah bertanding di kerusi DUN Permas dan memenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tetapi tewas pada PRU14.

Turut selesai menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi ialah calon paling tua pada PRN Johor kali ini iaitu Tosrin Jarvanthi, 71, dari PN yang bertanding di DUN Bukit Permai yang mengundi di pusat mengundi SK Sinar Bahagia, Felda Taib Andak di Kulai.

Calon Barisan Nasional (BN) DUN Layang-Layang Datuk Ab Mutalip Abd Rahim pula mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Layang-Layang di Simpang Renggam.

Sebanyak 1,021 pusat mengundi dibuka untuk proses pengundian hari ini.

Sebanyak 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This