Dari Puchong ke Jalan Klang Lama, warga emas kemaruk seks kantoi onani

Dari Penulis

TINDAKAN kemaruk seks seorang warga emas melakukan onani dengan mencium pakaian dalam di sebuah flat membawa padah apabila aksinya dirakam sebelum ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian dilapor berlaku di Flat Sri Sentosa, Jalan Klang Lama pada pukul 2.22 petang semalam selepas pihaknya menerima aduan orang awam.

“Seorang lelaki telah mengambil pakaian dalam yang telah dijemur berhampiran flat di Sri Sentosa, dan sambil mencium melakukan perbuatan onani.

“Perbuatan tersebut telah dilihat serta dirakam oleh jiran mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca artikel berkaitan: 2 kanak-kanak maut selepas motosikal langgar tiang elektrik

Ujarnya, hasil risikan oleh sepasukan polis dari Cawangan D4 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Brickfields telah menahan seorang lelaki berbangsa Cina berumur 62 tahun yang tinggal di Puchong, Selangor.

Satu kertas siasatan dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 telah dibuka.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Malaysia.

Sebarang maklumat mengenai kes jenayah laporkan segera pada pihak Polis di Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This