Gagal bayar denda, warga emas cium pakaian dalam sambil beronani dipenjara sebulan

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga emas yang berkelakuan tidak senonoh dengan beronani sambil mencium pakaian dalam yang dijemur penghuni di belakang sebuah rumah flat di Kuala Lumpur bakal dipenjara selama satu bulan selepas dia gagal membayar denda.

Dia yang ditahan selepas pihaknya menerima aduan daripada mangsa berkaitan kejadian itu kelmarin kemudiannya didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan yang mengaibkan kehormatan atau mengganggu kesantunan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, lelaki tempatan berumur 62 tahun itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di mahkamah.

Katanya, suspek dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau satu bulan penjara. 

“Bagaimanapun, denda yang dikenakan tidak dibayar dan suspek akan menjalani hukuman penjara selama satu bulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Lelaki mati ditembak polis selepas enggan serah diri

Kejadian yang berlaku di belakang sebuah rumah flat di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, kelmarin tular di media sosial.

Namun, perbuatan suspek dilihat dan berjaya dirakam seorang jiran yang kemudian menghubungi mangsa dan membuat laporan polis.

Hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, kemudiannya berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun yang tinggal di Puchong, Selangor untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Amihizam berkata, orang ramaidinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang bertentangan dengan peruntukkan undang-undang di negara ini.Tambahnya, maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita ditahan selepas benarkan anak keluar kepala melalui sunroof

SEORANG wanita ditahan selepas membenarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bumbung bukaan atau sunroof ketika kereta sedang bergerak,...

More Articles Like This