Pemulihan ekonomi jelas di bawah teraju Ismail Sabri – Wanita UMNO Pahang

Dari Penulis

PELBAGAI langkah pemulihan ekonomi berjaya dilakukan setelah kepimpinan negara diambil alih oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Pembahas Wanita UMNO Negeri Pahang, Datuk Siti Hajar Mubin berkata, ini berbeza dengan keadaan negara yang menghadapi krisis akibat daripada kerakusan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.

“Syukur Alhamdulilah, setelah kerajaan Keluarga Malaysia di bawah Ismail Sabri, beliau telah fokus kepada pemulihan ekonomi.

“Sebagai buktinya harga komoditi sawit daripada RM250/RM300 setan kepada lebih kurang RM800/RM900 setan.

“Inilah yang rakyat mahukan kerajaan yang betul-betul membela rakyat bukan kerajaan berpolitik siang dan malam. Dapur tak berasap weh deme, anak bini nak makan apa,” katanya seperti dilapor UMNO Online.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut berkata demikian sebagai pembahas pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Ismail Sabri Yaakob ketika hadir pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2021 di WTC Kuala Lumpur hari ini./ Gambar FB Ismail Sabri.

Siti Hajar pada masa sama menyentuh soal peluang pekerjaan dan kaitannya dengan sokongan pengundi muda termasuk golongan siswazah.

“Anak muda lepasan ijazah banyak yang menganggur macam mana kita nak tarik pengundi muda di bawah 18 tahun.

“Mereka belajar tinggi tetapi kerajaan tidak dapat menyediakan pekerjaan. Maka jangan harap mereka akan mengundi kita pada PRU ke-15,” tegas beliau.

Siti Hajar malah menyeru golongan wanita untuk turut serta dalam fasa pembangunan ekonomi baru iaitu pasaran dan pekerjaan di atas talian yang merentasi peringkat global.

“Umum tahu ekonomi gig ini adalah Food Panda, Grab dan Shopee namun ianya adalah lebih daripada itu. Contoh syarikat terkenal yang berkonsepkan Ekonomi Gig adalah seperti Rocket Lawyer Amerika Syarikat dan United Kingdom yang menawarkan khidmat guaman dalam talian, Thumbtack dari Amerika Syarikat yang menawarkan khidmat komunikasi dan nasihat profesional.

“Ini merupakan sebahagian daripada ekonomi gig dan pada tahun 2021 dianggarkan pendapatan daripada Global Gig Economy ini berjumlah AS$347 bilion atau melebihi RM1.46 trilion,” ujar beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tersesat ikut aplikasi navigasi masuk kawasan pembinaan, lima cedera kereta terjunam jatuh gaung

LIMA individu warga China dilaporkan cedera selepas kereta dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di sebuah tapak projek pembinaan...

More Articles Like This