Ahmad Zahid sentuh PRU-15, bertanya tapi seperti mendesak

Dari Penulis

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan yang parti itu perlu kembali dominan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 hari ini, Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menyatakan secara terus-terang sama ada pembubaran Parlimen untuk membolehkan PRU-15 perlu dilakukan segera atau sebaliknya.

Beliau sebaliknya memetik kembali kata-kata Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan kelmarin, “nak tunggu apa lagi (bubar), nanti anak dara dicuri orang”.

“Apabila mood di bawah, PRK, PRN memihak kepada kita, nak tunggu apa lagi?,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sambil memberi bayangan akan hasratnya.

Kata-kata tersebut tidak terkandung dalam teks ucapan asal yang diedarkan kepada media.

Selain itu, Ahmad Zahid turut menggunakan memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang di peringkat Pusat yang bakal berakhir Julai ini bagi membayangkan kehendaknya bahawa PRU tidak boleh dibiar berlanjutan hingga tahun hadapan.

“Apakah kita mahu menyambung MOU itu lagi?,” kata Ahmad Zahid yang kemudiannya berkata:

“Kita serahkan perkara itu kepada kebijaksanaan Perdana Menteri.”

Terdahulu, Ahmad Zahid berpandangan apabila pembangkang bersetuju memeterai MoU itu bermakna mereka mempunyai muslihat tertentu.

Sambil memberi kiasan belati dalam selimut, Ahmad Zahid menegaskan, “itulah cara yang boleh membunuh kita”.

“They (parti lawan) never love us! Bacalah perlembagaan setiap parti lawan kita. Sedarlah! You are sleeping with your enemies,” katanya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca: Bersediakah UMNO menghadapi PRU-15 dalam masa terdekat?

Perkara berkaitan PRU perlu dibincang bersama – Ismail Sabri

Dalam masa sama, seakan sedar komen di luar sana bahawa soal pembubaran Dewan Rakyat adalah preoragatif Perdana Menteri atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Ahmad Zahid menegaskan yang UMNO sentiasa menjunjug Perlembagaan Pesekutuan.

Katanya, malah semua faham yang kuasa membubarkan Parlimen adalah hak Perdana Menteri yang akan berurusan dengan memohon perkenan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Justeru kata Presiden UMNO itu; “Kita tidak mahu mengganggu urusan itu”.

“Tetapi, UMNO sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, kita ada kuasa untuk menentukan arah tuju parti kita sendiri,” jelasnya.

Penggal Parlimen sekarang akan berakhir pertengahan tahun hadapan yang mana PRU-14 diadakan pada Mei 2018.

Beberapa pihak dalam UMNO sebelum ini menzahirkan pandangan yang PRU-15 perlu segera diadakan.

Bagaimanapun bagi sebahagian pula merasakan yang kepimpinan negara sekarang perlu diberi peluang untuk meneruskan pemerintahan sehingga penggal Parlimen berakhir.

Ini memandangkan ramai rakyat belum bersedia untuk PRU terutama akibat ancaman COVID-19 selain penat dengan situasi politik.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This