Bandar di pinggir dunia ini melarang penduduknya mati di sini

Dari Penulis

DILARANG mati di sini. Itu merupakan sebuah undang-undang pelik yang harus dipatuhi apabila berada di bandar Longyearbyen.

Longyearbyen merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di Kepulauan Artik di Svalbard, Norway. Mempunyai penduduk sekitar dua ribu orang, penempatan di sini adalah bandar paling utara di dunia.

Penempatan di sini mula diasaskan oleh seorang rakyat Amerika bernama John Munro Longyear. Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat arang batu dan mengupah kira-kira 500 orang pekerja di sini sekitar tahun 1906. Tempat itu akhirnya dikenali sebagai bandar Longyearbyen, bersempena nama beliau.

Bandar Longyearbyen.

Seperti mana bandar-bandar lain, Longyearbyen juga dilengkapi dengan kemudahan asas seperti sekolah dan hospital.

Namun, ada sesuatu yang unik dengan undang-undang di bandar ini. Di Longyearbyen, penduduk ‘dilarang’ untuk meninggal dunia di situ. Hendak ‘mati’, anda harus keluar dari pekan itu. Peraturan tersebut memang kedengaran aneh, tetapi ada sebab mengapa ia dilakukan.

Sebenarnya, bandar tersebut pernah mempunyai kawasan perkuburan untuk mengebumikan penduduk yang meninggal dunia. Waktu itu, tiada sekatan untuk melarang penduduk Longyearbyen meninggal dunia. Pendek kata, siapa saja boleh mati di sini.

Akan tetapi, tanah perkuburan itu telah ditutup hampir 100 tahun dahulu atas arahan pihak pentadbir. Kenapa?

Sekitar tahun 1930-an, pegawai bertugas telah menemui sesuatu yang aneh di bawah kawasan perkuburan tersebut. Ia merupakan penemuan tanpa sengaja sewaktu seorang petugas sedang menggali kubur.

Saat proses penggalian dilakukan, alangkah mengejutkan apabila didapati mayat-mayat yang pernah ditanam sejak bertahun-tahun dahulu masih berkeadaan sempurna. Kesemua tubuh mayat yang ditemui langsung tidak mereput dan membusuk, malah keadaannya tetap elok serupa seperti mana kondisi asal sebelum kematian mereka.

Pelik, kenapa mayat-mayat di situ terpelihara elok, tanpa membusuk dan reput? Berdasarkan penelitian yang dijalankan ke atas sampel mayat dan tanah perkuburan, didapati tanah di rantau Artik terutama Longyearbyen mengalami permafros.

Permafros bermaksud satu keadaan yang mana lapisan tanah kekal membeku sepanjang tahun. Banjaran permafros ini terbentuk di sepanjang Longyearbyen pada kedalaman tanah antara 10 hingga 40 meter.

Sesiapa tidak dibenarkan mati di bandar ini.

Suhu di kawasan ini juga cenderung berada di bawah titik beku iaitu antara –16 hingga 6 darjah Celsius sepanjang tahun. Purata suhu di sini hampir tidak meningkat, meskipun pada musim panas. Atas faktor suhu sejuk dan tanah beku inilah dikatakan penyebab kenapa mayat-mayat yang tertanam itu gagal mengurai seperti sepatutnya.

Sungguhpun tidak mereput dan berbau, ada sesuatu yang membimbangkan tentang mayat-mayat itu. Para saintis telah mengambil tisu dari badan mayat di situ dan dibawa ke makmal untuk diuji kaji. Daripada kajian tersebut didapati punca kematian mayat itu disebabkan Selesema Sepanyol 1918 atau sekarang disebut sebagai virus influenza A.

Selesema Sepanyol dilaporkan telah menyerang seawal bulan Mac 1918 hingga Jun 1920. Bermula di Amerika Syarikat, kemudian muncul di Afrika Barat dan Perancis. Tidak lama selepas itu, ia tersebar hampir ke seluruh dunia sehinggalah ke Artik dan kepulauan Pasifik. Lebih kurang 50 hingga 100 juta orang golongan belia di seluruh dunia dilaporkan telah terkorban. Rekod ini menjadikan ia adalah antara wabak paling membawa maut di dunia.

Wabak berbahaya ini diramal bakal menyerang bandar Longyearbyen semula sekiranya kubur di situ tidak diurus dengan betul. Ini kerana, jika terdapat haiwan lain yang menggali mayat-mayat yang tidak reput itu, ia boleh jadi virus pembunuh yang akan muncul dan tersebar semula.

Justeru sebagai jalan penyelesaian, pihak pentadbir telah melarang sebarang kematian atau mana-mana pengebumian baru di bandar itu. Bukan saja manusia, haiwan seperti beruang juga tidak dibenarkan mati di sini.

Bandar Longyerbyen.

Tapi, tidakkah ajal maut itu ketentuan Tuhan dan tiada siapa boleh tahu bila atau di mana saat kematian itu tiba?

Dalam hal ini, pihak pentadbir nampaknya banyak bermain dengan ramalan. Misalnya, apabila seseorang didapati sakit teruk atau dijangka akan meninggal dunia tidak lama lagi, mereka ini akan diarahkan berpindah keluar dari bandar Longyearbyen. Proses pemindahan biasanya dilakukan melalui pengangkutan udara menuju ke tanah besar Norway, yang jaraknya sekitar 400 kilometer dari bandar Longyearbyen.

Sekiranya seseorang itu mati mengejut atau secara tiba-tiba dalam kemalangan jalan raya, sakit atau musibah ketika berada di bandar Longyearbyen, pihak berkuasa tetap tidak menerima mayat tersebut. Sudahnya, mayat berkenaan akan tetap dihantar ke Norway untuk dikebumikan.

Peraturan ini mungkin agak keras. Akan tetapi itulah pengorbanan yang terpaksa ditanggung oleh sebuah komuniti apabila tinggal di pinggir dunia seperti bandar Longyearbyen.

Longyearbyen.

________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bila nasihat tidak dihiraukan… Ayah sanggup tanam patung di kubur demi anak

“Aku cuma nak anak aku balik…” Itu luahan seorang ayah yang akhirnya menyesal seumur hidup selepas memilih jalan salah demi...

More Articles Like This