Pesawat China Eastern Airlines bawa 132 penumpang terhempas

Dari Penulis

PESAWAT China Eastern Airlines membawa 132 penumpang termasuk sembilan kru dilaporkan terhempas di kawasan pergunungan di Wuzhou, selatan China, lapor Reuters.com.

Bagaimanapun nasib kesemua penumpang di dalam pesawat Boeing 737 itu masih belum diketahui.

Sementara itu, menurut Flightradar24, pesawat itu dalam penerbangan dari Kunming ke Guangzhou berlepas kira-kira pukul 1.13 petang waktu tempatan dan hilang daripada radar sekitar pukul 2.22 petang.

Data terakhir menunjukkan pesawat itu berada pada ketinggian 3,225 kaki sebelum hilang.

Pesawat itu dijadual mendarat pada pukul 3.05 petang.

Baca artikel berkaitan: Wanita Ford Ranger langgar Lamborghini hijau ditahan polis

Sementara itu, menurut stesen penyiaran China CCTV, pasukan penyelamat sudah dikerah ke lokasi nahas.

Media tempatan melaporkan, pesawat China Eastern Airlines penerbangan MU5735 tidak tiba mengikut jadual ditetapkan di Guangzhou.

Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi China Eastern Airlines.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja tular rakam wanita dalam tandas restoran ditahan selepas dua jam

SEORANG remaja yang tular kerana dipercayai merakam seorang wanita ketika berada dalam tandas sebuah restoran di Bekenu, Miri telah...

More Articles Like This