SEORANG wanita yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger terbabit dalam kemalangan konvoi kereta mewah di Kilometer 34 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran susur keluar Sedenak, Jumaat lalu, ditahan polis awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, wanita berusia 28 itu ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai kira-kira pukul 1 pagi.
Katanya, wanita itu kini direman selama tiga hari sehingga 23 Mac ini selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Baca artikel berkaitan: 11 cedera dirempuh pemandu HR-V mabuk
Beng Yeow berkata, pihaknya sudah mengambil sampel darah dan air kencing wanita tersebut untuk dihantar ke jabatan kimia.
“Wanita itu hanya hadir ke balai polis untuk membuat laporan selepas dua hari kejadian berlaku. Oleh itu pihak polis perlu menunggu keputusan ujian air kencing dan darah,” katanya kepada UtusanTV.
Ditanya mengenai motif wanita yang bekerja sendiri itu berbuat demikian, pihak polis masih menyiasat.
Baru-baru ini insiden tersebut tular di media sosial selepas video berdurasi 14 saat memaparkan kenderaan mewah berhenti di tengah lebuh raya sehingga menghalang kenderaan lain.
Kejadian tersebut telah mengakibatkan pengguna jalan raya marah, gara-gara tindakan itu menyusahkan ramai pemandu lain.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

