10 ADUN angkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor

Dari Penulis

Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim  Almarhum Sultan Iskandar di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene, di sini, hari ini.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang mengangkat sumpah adalah Ketua Pemuda UMNO Johor yang juga Adun Larkin, Mohd Hairi Mad Shah, Ketua Wanita Bahagian Ledang Khairin Nisa Ismail (Serom), Ketua Pemuda MIC Kebangsaan K. Raven Kumar (Tenggaroh), Datuk Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai), Datuk Zahari Sarip (Buloh Kasap) dan Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah).

Turut mengangkat sumpah, Ketua Puteri UMNO Kota Tinggi yang juga ADUN Johor Lama Norliza Noh, Ketua Pemuda MCA Johor Ling Tian Soon (Yong Peng), Lee Ting Han (Paloh) dan Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir).

Turut berangkat di Majlis Istiadat Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Berangkat sama Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Baca artikel berkaitan: Buka sempadan, Onn Hafiz ucap terima kasih kepada PM

Pada 15 Mac lepas, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga ADUN Machap telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19.

Onn Hafiz adalah Naib Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, dengan majoriti 6,543 undi.

Beliau menggantikan Datuk Hasni Mohammad, yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Feb lepas.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This