USAHA bagi memasyarakatkan koperasi seperti yang mahu diperjuangkan golongan karyawan seni boleh menjadi contoh terbaik kepada matlamat pembangunan komuniti yang lebih terjamin dan berjaya.
Matlamat tersebut juga mampu menjadikan koperasi sebagai platform terbaik kepada pertumbuhan sosioekonomi komuniti khususnya anggota koperasi.
Demikian kata Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung (Prapenubuhan) Koperasi Karyawan Malaysia Berhad (KOPKARYAWAN), Jumaat lalu.
Menurut Abdul Fattah, penggiat seni yang menjadi anggota koperasi dapat melibatkan diri dengan pelbagai jenis kegiatan sosioekonomi secara bersama demi kemakmuran bersama.
“Dengan adanya koperasi sebegini dapat lebih menjamin dan membantu lebih ramai penggiat seni membangunkan perniagaan atau pun perusahaan.

“Penggiat seni juga akan lebih bersedia sekiranya berlaku sebarang bentuk cabaran seperti pandemik COVID-19 dan masalah ekonomi yang melanda,” katanya.
Abdul Fattah menjelaskan, ANGKASA sentiasa berusaha menyantuni setiap komuniti yang ada bagi menyebarkan kelebihan berkoperasi.
Baca artikel berkaitan: ANGKASA jalin kerjasama dua hala dengan Biovet International
Pada masa sama, ANGKASA turut menggalakkan penubuhan koperasi selain memperkukuh ekonomi, sosial dan budaya mengikut keperluan mereka.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia Berhad, Datuk Freddie Fernandez berkata, KOPKARYAWAN merupakan satu entiti perniagaan yang dianggotai pemegang syer saham daripada kalangan penggiat seni tanah air.
Kata beliau, objektif penubuhan KOPKARYAWAN adalah untuk menjadi sebuah entiti perniagaan yang boleh menjadi medan serta tempat perkongsian, kerjasama dan rujukan ahli-ahli Persatuan Karyawan Malaysia, artis dan penggiat seni.
Freddie berkata, ia juga bertujuan mengukuh dan mengembangkan sektor keusahawanan koperasi.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Selangor, Mohd. Faiz Farhan Rhazali; Presiden Persatuan Koperasi-Koperasi Malaysia, Datuk Abdul Rahim; Ahli Lembaga Pengarah Co-op Bank Pertama, Mohd. Shafie Idris dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Halim Ibrahim.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

