Kes COVID-19 turun bawah 20,000, lebih separuh tidak bergejala

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JANGKITAN COVID-19 terus menunjukkan penurunan ketara buat hari ketiga berturut-turut selepas 16,863 kes direkodkan dengan lebih separuh didapati tidak bergejala.

Jumlah lebih separuh yang tidak bergejala itu merangkumi 51.31 peratus atau 8,652 kes yang berada dalam kategori 1.

Pada masa sama, jumlah kes sembuh turut melebihi kes baharu apabila 26,171 telah pun sembuh semalam.

Kadar baharu yang dicatatkan semalam sekali gus menyaksikan jumlah kumulatif kes telah mencecah 4.138 juta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hanya 100 kes baharu yang dilaporkan semalam berada dalam kategori 3 hingga 5.

Daripada jumlah tersebut, kata beliau, sebanyak 48 kes adalah kategori 3; 29 lagi merupakan kategori 4 dan 23 kes berada dalam kategori 5.

“Daripada kadar itu, 30 kes dikesan tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi; 44 kes pula telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak manakala 26 lagi telah menerima dos penggalak.

“Sebanyak 69 kes merupakan golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas dan 63 kes adalah individu mempunyai komorbid.

Baca artikel berkaitan: 20,923 kes COVID-19, majoriti dalam kategori 2

“Berdasarkan kes semalam, 299 memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 187 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham memaklumkan, hanya dua negeri iaitu Kuala Lumpur dan Selangor menunjukkan peratusan pengisian katil ICU melebihi 50 peratus dengan 63 peratus di Kuala Lumpur manakala 52 peratus di Selangor.

Kadar penggunaan katil ICU terendah dicatatkan di Labuan dengan tiada katil ICU digunakan bagi kes COVID-19 diikuti Negeri Sembilan dan Terengganu yang masing-masing berada pada kadar 15 peratus.

Pada masa sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi daripada kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Sebanyak 850 kes telah dimasukkan ke hospital semalam merangkumi 488 dalam kategori 1 dan 2 manakala 362 lagi merupakan kategori 3 hingga 5.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This