15 penyamun larikan perkakasan komputer bernilai RM70,000 dekat Kajang

Dari Penulis

SEBUAH premis perkakasan komputer kerugian RM70,000 selepas disamun 15 lelaki dalam satu kejadian di Bandar Damai Perdana, Cheras, Kajang awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada pengawal keselamatan pada pukul 9.35 pagi, Sabtu lalu.

Katanya, pengawal keselamatan itu yang bekerja di premis berkenaan telah diserang oleh sekumpulan lelaki menggunakan kayu besbol.

“Suspek telah memecah masuk masuk ke dalam premis dan melarikan perkakasan komputer yang berada di tingkat satu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Penyangak larikan baju butik bernilai RM50,000

Tambahnya, suspek menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara berwarna kelabu, van Toyota Hiace putih, Perodua Alza putih dan Proton Exora putih.

“Kenderaan pengawal keselamatan tersebut juga telah dirosakkan oleh suspek ketika cuba menghalang penjenayah daripada melarikan diri,” ujarnya.

Bagaimanapun, Mohd Zaid berkata, pengawal keselamatan tidak mengalami sebarang kecederaan dan suspek kini giat dikesan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaaan.

Sehubungan itu, pihak polis menyeru mana-mana individu yang ada maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk menghubungi  Ibu Pejabat Polis Kajang ditalian 03-89114222 atau pegawai penyiasat kes Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin ditalian 016-9985730 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This