20,923 kes COVID-19, majoriti dalam kategori 2

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JANGKITAN COVID-19 seluruh negara terus merekodkan penurunan buat hari kedua berturut-turut selepas 20,923 kes dicatatkan semalam dengan majoriti berada dalam kategori 2.

Jumlah yang direkodkan itu juga menyaksikan kes sembuh mengatasi kadar jangkitan dengan 25,467 telah dilaporkan sembuh, semalam.

Kadar baharu itu sekali gus menjadikan sebanyak 4.112 juta kes secara keseluruhan telah dilaporkan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, majoriti kes daripada yang dilaporkan semalam iaitu 13,006 atau 62.16 peratus berada dalam kategori 2.

Kata beliau, 7,802 kes lagi merupakan kategori 1 yang tidak bergejala.

Dr. Noor Hisham memaklumkan, hanya 115 kes dikesan berada dalam kategori 3 hingga 5 dengan setakat semalam, 302 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 198 lagi memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada 115 kes tersebut, sebanyak 33 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 48 kes telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak manakala 34 lagi telah menerima dos penggalak.

Baca artikel berkaitan: Covid: 99.36 peratus kes semalam kategori satu dan dua – KP Kesihatan

“Sebanyak 73 kes telah berumur 60 tahun dan ke atas; 63 lagi mempunyai komorbid sementara satu kes merupakan ibu mengandung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 979 kes COVID-19 telah dimasukkan ke hospital semalam dengan 569 daripadanya merupakan kategori 1 dan 2.

Menurutnya, 410 kes lagi yang telah dimasukkan ke hospital adalah kategori 3 hingga 5.

Dari segi penggunaan katil ICU bagi kes COVID-19 pula, secara keseluruhan Dr. Noor Hisham berkata setakat semalam sebanyak 34 peratus katil telah digunakan.

“Lima negeri iaitu Kuala Lumpur sebanyak 70 peratus; Putrajaya (67 peratus); Johor (59 peratus); Pulau Pinang (57 peratus) dan Selangor (53 peratus) menunjukkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This