TRI-D Event and Management Sdn. Bhd. menganjurkan kursus ‘Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan’ selama dua hari yang bertujuan melatih usahawan kecil dan mereka yang berpendapatan rendah (B40) menjana pendapatan melalui penyertaan dalam bidang penjagaan kecantikan.
Tri-D Event merupakan rakan perkhidmatan (Delivery Partner) di bawah Program Rangkaian Micro Connector, SME Corp. Malaysia dan penganjuran kursus kali ini ditumpukan bagi membantu peserta-peserta menimba ilmu tambahan dan kemahiran terkini dalam bidang persolekan dan kecantikan.
Majlis perasmian kursus yang bermula semalam itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., Rizal Nainy di Dewan Prima, Wisma Lembaga Juruukur Tanah, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur.

Peserta kursus akan mempelajari teknik mekap solekan terkini (advance makeup), mekap solekan pentas (stage makeup), mekap kesan khas (special effect makeup) dan mekap hijab serta tutorial turban oleh beberapa jurusolek profesional terkenal seperti Sheila Muhamad, TYM Fatimah dan El Manda Zuhairy.
BERITA BERKAITAN GiatMara tawar kursus TVET untuk murid 12-16 tahun – Mahdzir
Mereka juga dibekalkan senaskah buku “START ME UP – Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan” yang diterbitkan oleh SME Corp. Malaysia dalam usaha membantu para peserta menjadi usahawan yang berjaya.
Para peserta juga akan menerima sijil penyertaan dan berpeluang mendaftar syarikat di kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang disediakan sepanjang program kursus berlangsung selama dua hari.
Selepas mengikuti kursus, peluang perniagaan terbuka luas untuk peserta menceburi perniagaan dalam bidang kecantikan/persolekan menggunakan kelebihan skil bersolek untuk menjana pendapatan yang lebih lumayan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

