Panjang 10.8 cm, lelaki dakwa pemegang rekod baharu lidah terpanjang dunia

Dari Penulis

DENGAN lidah berukuran panjang 10.8 sentimeter (cm), seorang lelaki di India dipercayai memecahkan rekod pemilik lidah terpanjang di dunia milik Nick Stoeberl, dari Salinas, California.

Menurut India Book of Records, rekod lidah terpanjang itu kini dimiliki K Praveen, seorang lelaki berusia 21 tahun dari Thiruthangal di Virudhunagar, Tamil Nadu.

Menurut India Book of Records, rekod lidah terpanjang itu kini dimiliki K Praveen, seorang lelaki berusia 21 tahun dari Thiruthangal di Virudhunagar, Tamil Nadu.

Rekod dimiliki Praveen mengatasi purata lidah kebanyakan lelaki yang hanya berukuran 8.5 cm panjang.

Oddity Central melaporkan, pelajar dalam bidang robotik itu mengetahui kelainan pada lidahnya dan menunjukkan apa yang boleh dilakukannya termasuk menyentuh hidung dan sikunya kepada ahli keluarganya.

Namun, oleh kerana kekurangan dana, dia tidak berkemampuan agar lidahnya diukur oleh kakitangan Guiness Records.

Sebaliknya kelebihan Praveen itu kini tercatat dalam Limca Book of Records sebagai lelaki dengan lidah terpanjang di India.

Beberapa tahun lalu, Praveen berjaya mencatatkan namanya dalam Asia Book Of Records kerana kemampuannya menyentuh hidungnya dengan lidah sebanyak 219 kali dalam seminit.

Sementara itu, Praveen kini merancang untuk mengumpul dana untuk menghubungi badan rekod antarabangsa berkenaan agar lidahnya diiktiraf secara rasmi.

“Walaupun pencapaian saya telah direkodkan di India, saya berusaha untuk mengetengahkan bakat saya ke seluruh dunia.

“Ia hanya akan menjadi kenyataan jika kerajaan Tamil Nadu memberi saya bantuan, kerana saya tidak dapat mempamerkan pencapaian saya di peringkat global, kerana kekurangan bantuan kewangan,” kata Praveen.

Pada masa sama, lelaki itu kini sedang berlatih menyentuh kelopak matanya dengan lidahnya.

Jika menjadi realiti, Praveen berpeluang untuk mencatatkan namanya dalam Guinness Book of Records.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This