Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipiย kari tetel daging yang dikongsi oleh Rohana Abu Samah ini. Memang sedap. Enak makan bersama nasi atau roti.
BAHAN
1kg tetel daging kambing
1 kg santan pekat
1 labu bawang besar -mayang
3 ulas bawang putih โ mayang
2 cm halia โ mayang
1 keping asam gelugur
Rempah 4 sekawan
2 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang โ potong 4
Sedikit tepung gandum
Minyak masak untuk menumis
Garam
BAHAN SANGAI
100 gm rempah kari
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
ยฝ sudu ketumbar
CARA
1.Daging kambing, direndam dengan tepung gandum selama 1 jam. Kemudian basuh hingga bersih. Perahkan limau nipis seketika dan basuh semula untuk hilangkan bau hamis dan tuskan airnya.
2.Kisar bahan sangai sehingga lumat. Ketepikan.
3.Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan berserta bawang dan halia sehingga naik bau.
4.Masukkan bahan sangai, kacau dengan rata beberapa minit dan masukan sedikit air. Tumis seketika supaya rempah betul-betul masak dan terbit minyak.
5.Selepas itu, bolehlah masukkan daging kambing. Reneh sehingga daging kambing empuk.
6.Kemudian masukkan ubi kentang, santan, daun kari dan terus masak sehingga daging dan kentang empuk.
7.Masukkan sedikit air asam jawa, apabila kuah mendidih dan terbit minyak tutupkan api.

Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, TikTok, Instagram & Telegram

