PELAKON Natasha Hudson kembali bergelar isteri buat kali kelima dengan lelaki pilihan hati yang dikenali sebagai Jay Jasmin.
Natasha dan Jay sah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor, semalam.
Pelakon filem Chermin itu meluahkan rasa syukur kerana semua yang dirancang berjalan dengan baik.
“Saya dah lalui beberapa pengalaman dalam hidup yang mengajar betapa pentingnya untuk mengenali diri sendiri dan pasangan untuk membina hidup bersama.
“Jay seorang yang sangat menakjubkan sejak hari pertama saya jumpa dia. Dia sangat memahami dan kami berkongsi banyak persamaan. Saya rasa bahagia dengan penerimaan keluarganya.
“Dalam hidup ini tak ada sesiapa yang nak lalui apa yang saya sudah lalui sebelum ini. Saya yakin dia adalah yang terbaik untuk saya.
“Seseorang yang hadir dalam hidup dan saya berdoa kepada Allah agar kami kuat untuk bersama sampai bila-bila,” katanya memetik laporan mStar.
Menerusi pemerhatian URTV di Instagram Natasha, dia turut berkongsi foto-foto sepanjang majlis pernikahan meereka semalam di Insta-Story.,
Natasha dan Jay memilih persalinan berwarna ‘peach’ yang turut diraikan dalam sebuah majlis resepsi secara sederhana.
Pasangan ini mula berkenalan sejak setahun lalu ketika menyertai aktiviti luncur ombak di Langkawi, Kedah.
“Saya minta semua mendoakan kesejahteraan rumah tangga dan kebahagiaan hati kami berdua dalam melayari bahtera kehidupan ini bersama.
“Doakanlah Allah bantu bimbing dan memberkati perjalanan hubungan kami ini,” jelasnya.
Untuk info, Natasha bercerai dengan suami keempatnya, Noor Nashriq pada Oktober 2019 selepas setahun mendirikan rumah tangga.
Oktober 2018, Natasha umum bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahihnya pada April 2012.
Hasil perkahwhinan dengan Carleed, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.
Natasha juga pernah berkahwin dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007, namum hubungan itu hanya mampu bertahan selama dua tahun. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena.
Malah, pelakon filem Lemak Kampung Santan itu bernikah dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 namun bercerai selepas empat bulan hidup bersama.

