Kongsi gambar percutian, Natasha Hudson dah tak bertudung?

Dari Penulis

PENAMPILAN terbaharu pelakon Natasha Hudson yang tidak lagi berhijab menerusi foto yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya telah mengejutkan ramai peminat termasuklah peminat.

Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson,39, berkongsi aktiviti percutiannya di dua lokasi berbeza iaitu di Pulau Langkawi, Kedah dan Sungai Ular, Pahang.

Menerusi entri terbaharu yang dimuat naik lima jam lalu, Natasha hanya memakai topi berwarna hitam namun masih menampakkan rambutnya dan berbaju t-shirt putih.

Bagaimanapun, Natasha bertindak menutup ruangan komen di Instagramnya.

Selain pernah berhijab, pelakon filem Chermin itu pernah membuat keputusan untuk berniqab pada 2016.

Sebagai rekod, Natasha pernah berkahwin sebanyak empat kali namun kesemua mahligai yang dibina berakhir dengan penceraian.

Menerusi perkahwinan pertamanya bersama Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 hanya bertahan selama empat bulan.

Diikuti perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 yang bertahan selama dua tahun.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Neesa Helena, 14.

Setelah itu, Natasha bernikah dengan penyanyi Khalid Kamal atau Carleed Khaza pada 15 April 2012 sebelum rasmi bercerai pada 2018.

Menerusi perkahwinan bersama Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Khaleela, 9, dan Faatimah,7.

Untuk kali keempat, Natasha berkahwin dengan ahli perniagaan, Noor Nashriq Sekarno pada 7 Disember 2018 dan bercerai setahun kemudian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This