Ahli Parlimen Sri Aman umum keluar PSB

Dari Penulis

AHLI Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Masir berkata, beliau kini memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya keputusan keluar daripada PSB dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama penyokong akar umbi di kawasannya serta beberapa faktor lain seperti ketidakstabilan politik negara yang menjejaskan kesejahteraan rakyat.

“Saya percaya langkah terbaik untuk mara ialah mengetepikan politik buat masa ini agar dapat membantu menstabilkan dan membina semula negara tercinta ini.

“Perdana Menteri kita sedang melakukan segala yang perlu bagi membantu rakyat Malaysia mengharungi tempoh sukar ini dan saya perlu memainkan peranan saya dengan menyokong sepenuhnya kepimpinan Ismail Sabri,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Dakwa parti hilang arah, 300 ahli Bersatu umum keluar parti

Pada Mac 2019, Masir telah keluar dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan menyertai PSB.

 — BERNAMA 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This