DAKWAAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah hilang arah dan tidak mempunyai hala tuju jelas menjadi punca 300 ahlinya di Tanjung Piai umum keluar daripada parti tersebut.
Lebih perit buat Bersatu apabila kumpulan tersebut bertindak untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.
Menurut Setiausaha Bersatu Tanjung Piai, Hisamuddin Busri, tindakan keluar daripada parti tersebut adalah secara sukarela dan tanpa paksaan mana-mana pihak.
“Hari ini (malam tadi) secara terbuka saya yang juga Setiausaha Bersatu Tanjung Piai yang juga Ketua Cawangan Bersatu Bandar Pekan Nanas Timur mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta.
Seramai 300 ahli Bersatu Tanjung Piai turut keluar parti berkuat kuasa serta-merta hari ini (malam tadi) dan memutuskan menyertai Warisan.
“Kami adalah pejuang memperjuangkan nasib bangsa namun selepas Bersatu hilang arah dan prinsipnya terpaksalah kami keluar dan mencari parti baharu yang selari dengan prinsip kami,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Baca artikel berkaitan: Mohd. Izhar keluar parti kerana ‘takut’ kalah, hilang jawatan – Solihan
Mengulas lanjut, Hisamudin berkata, dia bersama kumpulannya itu akan menyerahkan surat rasmi keluar parti kepada Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Musa Khamis hari ini.
Jelasnya, dia bersama-sama kumpulannya itu menyertai Warisan selepas melakukan kajian selama tiga bulan sebelum keputusan dibuat.
“Warisan sebuah parti yang unik kerana disertai ahli pelbagai kaum selain mempunyai prinsip yang jelas.
“Penyertaan parti ini dalam dalam PRN terpulang kepada pucuk pimpinan, hakikatnya kami sertai Warisan bukan untuk tujuan bertanding,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

