Pelajar di Kuala Pilah terima bantuan Yayasan Bank Rakyat

Dari Penulis

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan pendidikan bernilai RM80,000 kepada 600 murid sekolah dan institusi pengajian tinggi di Kuala Pilah bersempena permulaan sesi persekolahan serta pembukaan semula semester di universiti.

Penyampaian replika cek bantuan persekolahan dan bantuan awal pengajian ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling, Datuk Adnan Abu Hassan kepada wakil-wakil pemimpin tempatan.

Turut berlangsung di majlis yang sama adalah penyerahan replika cek Program Kelas Tuisyen Yayasan Bank Rakyat kepada calon pelajar SPM 2022 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senaling, Kuala Pilah.

Sumbangan berjumlah RM7,560 itu diterima Pengetua SMK Senaling, Normah Mohd Nor.

Yang hadir sama dalam sesi penyampaian itu ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR Datuk Mohd Shahrizal Haji Sahri serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

YBR memperuntukan RM30,000 kepada pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah yang telah menerima tawaran kemasukan ke universiti untuk memulakan pengajian di semester baru manakala RM50,000 kepada murid sekolah yang bakal memulakan sesi persekolahan baru.

Sementara itu, Mohd Shahrizal berkata, selain misi membantu pelajar dari keluarga kurang berkemampuan, diharapkan juga melalui inisiatif seperti ini dapat meringankan beban ibu bapa yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang telah melanda di seluruh negara.

Baca: 2,200 murid di Gombak, Damansara terima bantuan persekolahan YBR

Tambah beliau, program bantuan seperti ini sedikit sebanyak mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar IPT serta murid sebelum mendapat mana-mana bantuan dana dalam meneruskan pengajian sedia ada dan juga sesi persekolahan.

“Inisiatif bantuan pendidikan ini diharap menjadi pendorong kepada organisasi lain untuk turut sama membantu memberi bantuan sebegini tanpa mengira bentuk atau nilai sumbangan di mana ia bukan sahaja membantu masyarakat malah membuktikan syarikat-syarikat korporat turut mengambil berat terhadap mereka yang memerlukan.

“Prihatin dengan sesi persekolahan 2022 yang bakal bermula, bantuan persekolahan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 bagi persiapan persekolahan sedikit sebanyak membantu ibu bapa atau penjaga membuat persiapan awal untuk anak-anak dalam memulakan sesi akademik persekolahan 2022/2023,” katanya.

Sejak 2018, seramai 66,399 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan
jumlah peruntukan sebanyak RM7.87 juta.

Untuk makluman sehingga kini, seramai 3,277 pelajar telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.2 juta sejak dari tahun 2017 dan bagi tahun 2022, sejumlah RM1.0 juta diperuntukan bagi bantuan ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This