YAYASAN Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan sebanyak RM40,000 bantuan persekolahan kepada 400 pelajar daripada kalangan keluarga B40 di Beruas, Perak.
Bantuan itu telah diserahkan kepada semua 400 pelajar itu dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Beruas bagi meneruskan sesi persekolahan tahun ini.
YBR dalam kenyataan memaklumkan, bantuan tersebut bertujuan menjadi insentif tambahan dalam menyediakan peralatan persekolahan yang diperlukan di sepanjang sesi pembelajaran dijalankan.
Majlis perasmian bantuan persekolahan YBR itu telah disempurnakan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad di Dewan Inderawati Beruas, Perak.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.
Baca artikel lain: YBR agih sumbangan bakul makanan kepada 350 keluarga di Kedah, Perlis
Sementara itu, Azhar menghargai dan menzahirkan terima kasih atas sokongan berterusan YBR dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan khususnya dalam kalangan pelajar di sekitar Beruas.
“Saya berharap YBR akan terus maju jaya dan dapat membantu program-program berunsur pendidikan dengan lebih banyak terutama di sekitar kawasan Perak ini.
“Bantuan seumpama ini perlu bagi mereka yang berada di luar kawasan bandar untuk menarik minat mereka hadir ke sekolah,” katanya dalam kenyataan itu.
Sementara itu, Syaiful Rizal berharap bantuan itu dapat membantu ibu bapa dalam menyediakan keperluan sekolah yang perlu diganti.
“Bantuan ini merupakan tanda kasih sayang YBR dalam menyantuni mereka yang memerlukan dan memberi semangat kepada pelajar-pelajar sekolah untuk mendapatkan keputusan cemerlang serta mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung ibu bapa,” katanya.
Sepanjang tahun 2024, seramai 31,865 murid sekolah telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.46 juta yang melibatkan 83 lokasi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

