Juara AJL 2001, Yasin Sulaiman tiba di mahkamah untuk didakwa

Dari Penulis

PENYANYI nasyid popular dan pemenang Anugera Juara Lagu (AJL) 2001, Yasin Sulaiman tiba di Mahkamah Kompleks Petaling Jaya untuk pendakwaan pagi tadi.

Yasin, 47, sebelum ini ditahan polis kerana disyaki memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara baru-baru ini.

Pelantun lagu Mimpi Laila itu akan dituduh mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 masing-masing di Mahkamah Majistret serta Sesyen.

Dalam video berdurasi 35 saat yang tular di media sosial, Yasin yang tangannya digari kelihatan tenang dibawa pihak polis ke dalam mahkamah.

Baca artikel berkaitan: Ada 17 pasu pokok ganja dalam rumah penyanyi – Polis

Terdahulu, Yasin yang mempunyai rekod penyalahgunaan dadah 10 tahun lepas itu direman bagi membantu siasatan.

Serbuan pihak polis menemukan 17 pokok dalam pasu di almari, di dapur dan di dalam sebuah bilik di rumah itu, dipercayai pokok ganja dianggarkan bernilai lebih kurang RM10,200.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This