Badminton: Puasa tidak halang Wan Arif-Mohd Haikal ke final

Dari Penulis

BEREGU lelaki muda negara Wan Arif Wan Junaidi-Mohd Haikal Nazri membuktikan puasa tidak menjadi halangan untuk mempamerkan aksi terbaik apabila berjaya melangkah ke final Masters Orleans di Perancis.

Wan Arif-Mohd Haikal yang berada di ranking ke-103 dunia, mengambil masa 41 minit untuk menyingkirkan pasangan tuan rumah Eloi Adam-Julien Maio 21-18, 21-16 dalam saingan separuh akhir berlangsung malam tadi.

Gandingan muda negara bakal berdepan Ruben Jille-Ties Van Der Lecq dari Belanda, yang sebelum itu menewaskan pasangan India P.S Ravikrishna-Sankar Prasad Udayakumar 13-21, 21-12, 22-20 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Sementara itu, Wan Arif mengakui ini adalah kali pertama mereka menyertai kejohanan dalam bulan Ramadan dan gembira berjaya melangkah ke peringkat akhir.

“Kali pertama bermain dalam puasa jadi kami 50-50 tadi…Alhamdulillah ada tenaga dan mental kuat sampai habis permainan.

“Pelan untuk final tidak tahu lagi macam mana, kami akan tengok rentak permainan lawan dahulu dan insya-Allah buat yang terbaik,” katanya dalam klip video dikongsi kepada media hari ini.

Sementara itu, beregu campuran negara Yap Roy King-Teoh Mei Xing terkandas di separuh akhir selepas tewas kepada pasangan Indonesia Rehan Kusharjanto-Lisa Kusumawati 21-16, 21-15.

Mei Xing mengakui beberapa kesilapan menyebabkan mereka terpaksa akur dengan kekalahan dan berharap berpeluang digandingkan lagi dengan Roy King pada masa depan.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This