Kes harian: Empat minggu lalu 33,406 kes, kini tak sampai 15,000

Dari Penulis

EMPAT minggu yang lalu iaitu pada 5 Mac, sebanyak 33,406 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Malaysia.

Jumlah tersebut merupakan rekod kes harian tertinggi di negara ini yang berpunca daripada gelombang Omicron.

Bagaimanapun situasinya tidak seserius varian Delta dan trend penularan varian Omicron juga berbeza.

Jika dilihat pada graf, ia akan naik dengan cepat dan pada masa turut turun dengan pantas.

Ini berdasar pengalaman negara yang lebih awal melaporkan gelombang Omicron seperti Afrika Selatan.

Dan Malaysia juga memperlihatkan trend serupa, naik cepat dan turun pun cepat.

Semalam, kes baharu yang dicatatkan tidak sampai pun separuh daripada apa yang dilaporkan 27 hari lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 14,692 kes harian COVID-19 dilaporkan semalam.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 79 kes dalam kategori 3, 4 dan 5.

Memperincikan lagi, Noor Hisham berkata, sebanyak 61 kes adalah dalam kalangan mereka yang belum menerima dos penggalak (53 peratus) dan belum divaksin atau tidak lengkap vaksinasi (24 peratus).

“Pertambahan kes hari ini menjadikan kumulatif kes dijangkiti wabak itu 4,234,087 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, turut dilaporkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai Rt di seluruh negara yang kini adalah 0.85.

Selangor masih merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.06 manakala Kelantan dan Sabah merekodkan kadar paling rendah dengan masing-masing pada 0.68.

Baca: Sinovac tanpa dos penggalak: Masih boleh makan di kedai

33,406 kes COVID-19, lebih separuh kategori 2

Jelas Noor Hisham, setakat semalam sebanyak 261 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 153 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurutnya, 663 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam dengan 285 kes adalah kategori tiga, empat dan lima manakala selebihnya kategori satu dan dua.

Noor Hisham berkata sebanyak 20,383 kes sembuh dilapor semalam.

Beliau berkata, penggunaan katil ICU di Kuala Lumpur mencatat peratusan pengisian sebanyak 67 peratus manakala di Selangor merekodkan penggunaan 50 peratus, semalam.

“Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi pengisian katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 153 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 17 peratus,” jelasnya.

Dua kluster baharu turut dikenal pasti menjadikan jumlah kluster yang aktif adalah 190, setakat semalam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This