Puasa Beluncas, Puasa Okay Atau Puasa Ular. Yang Mana Satu Pilihan Anda?

Dari Penulis

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan Ar-Ryyan. Orang-orang yang berpuasa masuk melalui pintu itu pada hari kiamat, tidak seorang pun masuk melalui pintu itu selain mereka.

Dikatakan “Mana orang-orang yang berpuasa?Maka mereka berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melewati pintu itu selain mereka. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup dan tidak ada seorang pun yang masuk (lagi) melaluinya.” (HR Bukhari).

Alhamdulillah! Marhaban Ya Ramadan. Bagaimana pilihan untuk puasa kali ini? Adakah kita mahu jadi puasa ulat beluncas, puasa ‘okay’ atau puasa ular? Yang mana lebih baik antara ketiga-tiganya, adakah lulus menjalani ibadat tersebut sebagai puasa beluncas atau ular. Mari kita tengok.

Puasa Beluncas

Kenapa diumpamakan puasa beluncas? Itulah analogi puasa paling baik dan mendapat peringkat kelulusan tertinggi. Cuba perhatikan beluncas sebelum bertukar menjadi rama-rama yang cantik. Bukan senang untuk menjadi secantik itu, beluncas perlu melewati tempoh metamorfosis. Dalam bahasa mudahnya beluncas menjadi kepompong sebelum berupaya lahir sebagai rama-rama.

Semasa metamorfosis, beluncas akan berada dalam tempoh berpuasa yang panjang. Kalau rama-rama monarch tempoh berpuasanya selama dua minggu. Sebelum melalui metamorfosis, beluncas akan makan dengan lahapnya sebagai bekalan menjalani kehidupan fasa kepompong. Setelah berjaya melepasi fasa itu barulah beluncas yang menggelikan menjadi seekor rama-rama cantik.

Analoginya, setelah berakhirnya ibadat puasa sebulan Ramadan, orang ikhlas mengerjakan ibadat itu menjadi jauh lebih baik berbanding sebelumnya.  Puasa menjadikan dirinya, ibadat, keperibadian, disiplin dan kejujurannya jauh lebih baik.

Kedua, lulus puasanya hanya setakat ‘okay’ atau biasa-biasa saja.  Puasa atau tidak sama saja, tidak ada perubahan sama sekali sebelum dan selepas Ramadan. Semuanya biasa-biasa saja daripada segi peribadi, sikap, ibadat malah tidak banyak berubah. Namun itu jauh lebih baik daripada tidak berubah langsung atau bertambah buruk.

Puasa Ular

Dianalogikan untuk orang yang puasanya gagal. Macam mana berpuasa tapi tidak lulus, apa yang dapat? Kenapa puasa ular?

Perhatikan kitaran hidup ular, semasa menjalani tempoh ecdysis (salin kulit) ular akan berpuasa dan mengasingkan diri. Ular, walaupun berpuasa semasa bersalin kulit ia tetap ular berbahaya. Tempoh ecdysis itu tidak mengubah ular menjadi binatang lain yang comel lagi jinak. Ular tetap ular walaupun bersalin kulit seribu kali. Ia tetap binatang menjijikkan, bertaring dan berbisa. Malah ular yang bersalin kulit akan menjadi lebih agresif. Wah! Menakutkan.

Itulah perumpamaan bagi yang orang berpuasa tetapi puasa menjadikannya lebih buruk. Andainya sebelum Ramadan solat lima waktunya lompang satu atau dua waktu kerana kesibukan mengejar dunia. Ketika bulan Ramadan solat yang tinggal tiga waktu itu, langsung tidak ada kerana terlalu sibuk meraih untung sempena bulan puasa. Selepas Ramadan langsung tidak ada kelima-limanya kerana sebulan sudah terbiasa tidak menunaikannya. Naudzubillah!

_____________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ: Bangkitkan isu bukan untuk mencela atau salahkan mana-mana pihak – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kenyataan beliau berhubung Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bukan...

More Articles Like This