Tangkap layar seorang lelaki dipukul di Setia Alam kelmarin.

SEORANG lelaki lebam pada bahagian mata, pipi serta luka pada tangan kanan dan kiri dipukul sekumpulan individu menggunakan tangan dan topi keledar dalam satu kejadian awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Persiaran Setia Dagang U13, Setia Alam.

Katanya, Isteri mangsa telah membuat laporan polis pada hari sama mengenai suaminya yang kerja sebagai pemandu peribadi dipukul sekumpulan lelaki.

“Mangsa mengalami kerugian selepas telefon miliknya jenis Huawei Nova 4, dompet yang mengandungi dokumen penting serta wang RM50 telah disamun oleh suspek.

“Motosikal mangsa juga telah dibawa lari oleh kumpulan lelaki India yang tidak dikenali tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Dua penjenayah maut ditembak dekat Kuala Terengganu

@utusantvofficial

Kejadian di Persiaran Setia Dagang U13 | 3 Apr 2022 | 4.30 pagi. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Usaha mengesan kumpulan lelaki tersebut sedang giat dijalankan. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Saiedayu ditalian 03-55202222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram