Youtuber, tiga rakan ditahan bantu siasatan kes bunuh

Dari Penulis

POLIS menahan seorang Youtuber dan tiga rakannya bagi membantu siasatan berhubung kejadian teman wanita Youtuber itu, cedera parah dipukul sebelum meninggal dunia, dalam kejadian di Teluk Kumbar, Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, empat lelaki berusia 23 hingga 28 tahun itu ditahan sekitar Teluk Kumbar dua hari lepas dan semalam bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut.

“Polis menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Balik Pulau (HBP), di sini pada 10.39 malam Sabtu memaklumkan seorang wanita berusia 20 tahun dibawa ke hospital itu selepas tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.

“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan lebam di kepala dan seluruh tubuhnya sebelum wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang(HPP) untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya kritikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Hanya kerana RM4, remaja 16 tahun didakwa bunuh

Katanya, mangsa yang juga seorang Youtuber meninggal dunia pada 3 April ketika menerima rawatan di HPP dan susulan itu polis menahan empat lelaki berkenaan bagi membantu siasatan.

Kamarul Rizal berkata, empat lelaki itu direman sehingga 11 April ini bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan bunuh.

Terdahulu media melaporkan, wanita itu mengalami kecederaan parah dipercayai dipukul teman lelakinya sebelum mangsa meninggal dunia dan kejadian tersebut berlaku selepas pasangan kekasih tersebut bertengkar disyaki bermotifkan cemburu.

Mangsa dan teman lelakinya menumpang di rumah sewa rakan mereka sejak tiba di negeri ini 27 Mac lepas untuk video laman YouTube mereka. Difahamkan wanita itu berasal dari Melaka.

Pergaduhan membabitkan pasangan itu dipercayai bermula dengan pertengkaran sebelum teman lelakinya dikatakan memukul mangsa dengan objek tumpul sehingga tidak sedarkan diri dan wanita tersebut dikejarkan ke HBP namun dirujuk ke HPP untuk rawatan lanjut sebelum meninggal dunia.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCMC sita 6,916 unit kelengkapan komunikasi tidak diperakui bernilai RM2.06 juta

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyita sebanyak 6,916 unit kelengkapan komunikasi yang disyaki tidak diperakui dengan anggaran...

More Articles Like This