Lebih 2 juta pelajar sekolah menengah kembali ke persekolahan bersemuka

Dari Penulis

SERAMAI 2,060,997 pelajar sekolah menengah terlibat dalam sesi persekolahan secara bersemuka mulai hari ini, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sejak awal sesi persekolahan 2022/2023 bulan lepas. 

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata bagi sekolah rendah pula, seramai 2,674,104 murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka sejak sesi persekolahan bermula pada 21 Mac lepas.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan murid sekolah menengah dan rendah yang mengikuti PdP secara bersemuka adalah seramai 4,735,101 orang.

“Pada masa sama, seramai 273,025 murid Tahun 3, 4 dan 5 bagi sekolah rendah dengan enrolmen lebih 600 murid, masih hadir ke sekolah secara penggiliran

“Kementerian Pendidikan sedang meneliti situasi tersebut bagi membolehkan kumpulan murid ini dapat hadir ke sekolah tanpa penggiliran,” katanya menerusi catatan di Facebook rasmi beliau hari ini. 

Radzi turut mengucapkan terima kasih kepada murid, guru dan ibu bapa yang sentiasa memberikan keutamaan pada aspek keselamatan bagi membolehkan operasi sekolah secara bersemuka berjalan lancar dan selamat.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This