SARINGAN Minda Sihat yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati pelajar sekolah menengah yang berada pada tahap sangat teruk bagi tanda awal kemurungan adalah sebanyak 0.8 peratus setakat September tahun ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding permulaan sesi 2024/2025 iaitu sebanyak 0.91 peratus.
Jelas beliau, dapatan saringan itu menunjukkan penurunan daripada 2.21 peratus bagi sesi 2022/2023 kepada 1.72 peratus bagi sesi 2023/2024.
Manakala, katanya, bagi tanda awal kebimbangan yang sangat teruk, peratusan menurun daripada 4.83 peratus (2022/2023) kepada 3.57 peratus (2023/2024), 2.21 peratus (2024/2025) dan 2.01 peratus sehingga September tahun ini.
“Bagi sekolah rendah, peratus murid yang berisiko menunjukkan tanda awal kemurungan menurun daripada 36.42 peratus bagi sesi 2022/2023 kepada 35.50 peratus bagi sesi 2023/2024, dan seterusnya kepada 6.18 peratus bagi sesi 2024/2025 serta 5.39 peratus sehingga September lalu.
“Bagi tanda awal kebimbangan, peratusan murid sekolah rendah menurun daripada 6.52 peratus (2022/2023) kepada 6.23 peratus (2023/2024), 6.69 peratus (2024/2025) dan 5.75 peratus sehingga September lalu,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di lawan web Parlimen.
Baca artikel lain: 58,428 pelajar Tingkatan 4 dikesan pembawa talasemia sejak 2016 – Dr Dzulkefly
Beliau menjawab pertanyaan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) yang meminta statistik masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini memandangkan dapatan NHMS 2019 menunjukkan 7.9% (424,000) pelajar terjejas dengan masalah tersebut.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM bersama KKM melaksanakan Saringan Minda Sihat sebagai langkah pengesanan awal bagi mengenal pasti murid yang berisiko mengalami masalah kesihatan mental seperti tanda-tanda awal kemurungan dan kebimbangan.
Katanya, saringan itu dijalankan setiap tahun kepada semua murid Tahun 5 hingga Tingkatan Enam di seluruh negara.
Jelas beliau, hasil saringan mendapati, penurunan data itu membuktikan keberkesanan pengesanan awal, program sokongan psikososial, dan intervensi berfokus yang dilaksanakan di sekolah.
Katanya, usaha itu selari dengan pendekatan pencegahan berterusan bagi memastikan kesejahteraan murid terpelihara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

