Buruh disyaki bunuh rakan serumah direman tujuh hari

Dari Penulis

SEORANG buruh warga Rohingya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian rakan serumahnya dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Jalan Bukit Tembok, dekat sini semalam.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 40 tahun itu dikeluarkan Majistret Intan Syafinaz Ros’lin sehingga 13 April ini bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadap suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam seorang buruh warga Rohingya berusia 19 tahun ditemukan maut dengan kesan tikaman di perut dalam rumah tersebut.

Baca artikel berkaitan: Tembak mati: ‘Nuar Taman’ dan ‘Pendi Buaya’ suspek utama kes bunuh, dadah

Mangsa yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dipercayai sudah meninggal dunia dalam tempoh lima ke enam jam sebelum ditemukan pihak polis pada kira-kira pukul 10 pagi.

Suspek yang melarikan diri sejurus kejadian itu bagaimanapun ditahan kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam di sebuah kedai pakaian di Jalan Aston, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dipercayai cuba bersembunyi.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This