SISTEM Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang ketika ini digunakan untuk membuat permohonan merekrut pekerja asing didakwa gagal menjalankan fungsinya dengan baik.
Sehubungan itu, kerajaan digesa untuk menyemak semula penggunaan sistem tersebut.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr. N. Sukumaran, hanya 2,069 daripada 475,678 permohonan pekerja asing telah diluluskan setakat ini.
Malah, kata beliau, majikan-majikan juga masih belum menerima kebenaran membayar levi berhubung pengambilan tenaga kerja berkenaan.
Sukumaran menegaskan, perkara itu jelas menunjukkan FWCMS adalah sistem lapuk serta mengambil tampoh panjang bagi memenuhi keperluan buruh.
“Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan para majikan sedang merintih ekoran masalah ini, bahkan Kementerian Sumber Manusia seakan-akan sedang menunggu sistem itu untuk berfungsi dengan sempurna.
Baca artikel berkaitan: Guna agensi berdaftar ambil pekerja asing – PAPSMA
“Sejak Januari lalu, tiada arah tuju jelas berkaitan arahan pengambilan pekerja asing dan sistem yang boleh memainkan peranan dengan baik bagi menguruskan perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Sukumaran mencadangkan supaya proses pengambilan pekerja asing tidak terlalu bergantung kepada FWCMS dan dijalankan secara manual pada kadar segera.
Beliau berkata, hal demikian membuatkan pihaknya tidak pasti sama ada pekerja asing akan berjaya dibawa masuk ke dalam negara tahun ini sekali gus menyumbang kepada lebih banyak syarikat gulung tikar.
Sukumaran memaklumkan, sistem dan aplikasi seumpama ini harus dikendalikan oleh kerajaan dan bukan mana-mana syarikat swasta.
Katanya, ia bagi mengelakkan penyalahgunaan maklumat peribadi, butiran syarikat dan maklumat perbankan yang dikhuatiri berlaku penyalahgunaan kepada pihak ketiga.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

