PAPSMA telah dibubar sejak 2024, jangan kaitkan dengan mana-mana isu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERTUBUHAN Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) telah dibubarkan secara rasmi sejak 3 Mei 2024.

Bekas Setiausaha Agung PAPSMA, Dr Sukumaran NK Nair memaklumkan, ia selepas pertubuhan itu menerima surat pembatalan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Menurut Sukumaran, permohonan rasmi untuk pembatalan pendaftaran itu telah pun dikemukakan pada 21 Mac 2024.

Justeru, beliau berkata, mana-mana pihak digesa untuk tidak lagi menggunakan atau mengaitkan PAPSMA dengan apa-apa isu melibatkan pekerja asing.

Bekas Setiausaha Agung PAPSMA, Dr Sukumaran NK Nair

“Keputusan untuk membubarkan persatuan ini diambil setelah mempertimbangkan bahawa aktiviti yang dijalankan tidak lagi selaras dengan matlamat dan objektif asal sejak penubuhannya pada tahun 2018.

“PAPSMA juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) atas sokongan, kerjasama dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang tempoh kewujudan persatuan ini.

“Sumbangan kedua-dua kementerian amat dihargai sepanjang kewujudan tempoh kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Caruman mandatori KWSP kepada pekerja asing bermula Oktober

Walaupun PAPSMA telah dibubarkan, Sukumaran memberitahu kepentingan agensi pekerjaan swasta (APS) berlesen dalam memastikan proses pengrekrutan dan kemasukan pekerja asing wajib dijalankan secara beretika, teratur dan mematuhi dasar kerajaan kekal menjadi keutamaan.

Kata beliau, kebajikan pekerja asing serta kepentingan negara perlu terus dipelihara melalui proses tersusun di bawah kedua-dua kementerian berkenaan.

“Sehubungan itu, kami menyarankan agar suatu persatuan atau badan penyelaras baharu dipertimbangkan bagi memperkukuh prestasi APS serta memastikan pengrekrutan dan kemasukan pekerja asing ke Malaysia bagi tujuan pekerjaan yang sah melalui PLKS dapat diselaraskan dengan lebih berkesan.

“Sebagai agensi berlesen, kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk berganding bahu dan bekerjasama demi memelihara integriti industri pengrekrutan serta memastikan proses dan dasar kemasukan pekerja asing dilaksanakan dengan teratur serta mematuhi ketetapan KDN dan Kesuma,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This