Gambar Hiasan.

TIGA lelaki tempatan dipercayai terlibat sindiket penipuan dalam talian melalui aplikasi TikTok berjaya ditahan menerusi satu serbuan, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, tiga lelaki tempatan itu ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di kawasan Jalan Cendana, Kampung Baru.

Menurut beliau, ketiga-tiga suspek yang berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan itu berusia antara 19 hingga 23 tahun.

Noor Dellhan memaklumkan, pihaknya juga telah merampas 26 unit perkakas dan peralatan penipuan dalam talian melibatkan tiga unit komputer riba; 21 unit telefon bimbit; modem dan satu unit komputer.

“Siasatan awal mendapati kegiatan ini telah beroperasi selama sebulan dengan menyasarkan mangsa warganegara tempatan dan asing di luar negara.

Baca artikel berkaitan: Gara-gara nak beli iPhone murah, wanita ditipu scammer

“Tiga lelaki tempatan itu yang berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan mendapatkan mangsa melalui aplikasi TikTok untuk menambah kenalan.

“Kemudian, mereka mewujudkan kumpulan sebelum menyerahkan senarai rakan TikTok tersebut keapda satu kumpulan sindiket lain bagi tujuan penipuan secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata, siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan kesemua tangkapan telah direman selama tiga hari sehingga Selasa ini.

Beliau turut meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat atau aktiviti mencurigakan mengenai penipuan secara dalam talian atau sebarang aktiviti jenayah dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03=26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram