Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) GAMBAR: Abd Razak Aid

EKSEKUTIF muda Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) antara sembilan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Jumaat lepas bagi membantu siasatan isu rasuah membabitkan projek di PCSB.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM berkata, lapan lagi individu yang ditahan adalah pemilik dan pegawai kanan syarikat kontraktor serta vendor yang menjalankan projek dikaitkan dengan isu rasuah tersebut.

“Siasatan berhubung kes rasuah ini merupakan hasil kerjasama dan perkongsian maklumat antara SPRM dan Petronas bagi membantu memperkukuh integriti di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkenaan,” katanya.

Pada Jumaat lepas, media melaporkan lapan individu ditahan di Putrajaya dan Kuching, Sarawak bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan beberapa projek milik sebuah syarikat GLC dengan nilai kontrak dianggarkan melebihi RM2.3 bilion.

Baca artikel berkaitan: Kes rasuah RM2.3 bilion, eksekutif GLC antara lapan yang ditahan

Kesemua mereka yang ditahan itu disyaki terlibat dalam perlakuan rasuah dalam projek GLC berkenaan antara 2017 hingga 2021.

Seorang lagi individu ditahan di Bintulu, Sarawak pada Sabtu lepas berhubung kes berkenaan.

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dalam kenyataan pada Sabtu lalu mengesahkan seorang kakitangan eksekutif peringkat rendah kumpulan itu telah ditahan oleh SPRM kerana disyaki terbabit dalam rasuah.

Syarikat minyak dan gas negara itu turut menegaskan bahawa ia komited untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan tersebut dan menentang keras sebarang bentuk salah laku melibatkan kakitangannya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegra