Isu pelitup muka kena penandaan SIRIM, Michael Ang kata membazir & duit tak tumbuh atas pokok!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BARU-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bahawa semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn.Bhd.

Isu terbabit bukan sahaja mendapat perhatian orang ramai yang kurang bersetuju dengan pewartaan tersebut, malah pengarah terkenal Michael Ang turut menganggap cadangan tersebut satu pembaziran.

“Salam semua. Satu lagi fantastik idea dari Malaysia. Demi kebaikan rakyat Malaysia tapi ‘plug’ dekat rumah dengan ‘sticker’ SIRIM pun meletup macam mana eh?

“Beli dari China daripada Shopee juga yang bagus.Lawak!. Adakah ini bermaksud stok pelitup muka yang ada di rumah banyak-banyak tu kena buang sebab tak ada SIRIM?

“Sangat membazirkan duit saya. Duit tak tumbuh atas pokok ya! Itu yang kecewa!,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram milikinya.

Sebelum ini, media melaporkan Pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan yang dikuatkuasa 4 Julai depan ditangguhkan kepada 1 Januari tahun hadapan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas dari umum.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Memori Audionauts bukan penghalang, Ryzall Noh sasar pasaran Malaysia menerusi Natijah Cinta

SELEPAS melakar portfolio ampuh selaku vokalis kumpulan popular Singapura, Audionauts, penyanyi berpengalaman Ryzall Noh kini mengorak langkah lebih berani...

More Articles Like This