Sajian warisan di restoran 10Binjai, hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre sempena Ramadan ini

Dari Penulis

Sempena kehadiran bulan Ramadan tahun ini, restoran 10Binjai di hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre tidak ketinggalan menawarkan promosi bufet Ramadan dengan tema ‘Dari Dapur Binjai’ kepada pengunjung.

Berlangsung sepanjang bulan Ramadan bermula dari 4 April hingga 29 April 2022, restoran yang terletak di tingkat 1 hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre ini menawarkan lebih 150 aneka juadah yang pasti akan mencuit deri rasa para pengunjung.

Antara hidangan utama yang disajikan adalah ketam lemak berlada, daging rendang minang, ayam percik, ayam golek, kambing opor bali, udang sambal tumis, kambing golek dan macam-macam lagi.

Bagi pencuci mulut pula, terdapat pelbagai kuih muih tradisional, ais kacang, cendol, apam balik, waffle dan macam-macam lagi.

Di samping itu, para pelanggan juga diberikan peluang untuk melihat sendiri cef masak secara live di beberapa stall memasak di restoran 10Binjai.

Menurut hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre, Zakaria Ismail, tema bufet Ramadan tahun ini menawarkan pelbagai resepi warisan dan hidangan tempatan yang pastinya bakal membawa anda kembali mengimbau memori lama dan membangkitkan nostalgia masakan ibunda yang pastinya memikat hati

“Di Perdana Kuala Lumpur City Centre, kebanyakan hidangan yang disediakan diilhamkan dari resipi turun temurun oleh ibunda dan nenda. Kami ingin memberi rasa nostalgia kepada para pengunjung dengan resipi yang diwarisi oleh cef kami.

“Restoran 10Binjai mempunyai ruangan kapasiti bagi 250 orang dan ianya pasti merupakan lokasi ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakanrakan dan yang tersayang.

“Selain itu, restoran 10Binjai juga menyediakan surau di tingkat 5 untuk kemudahan pelanggan yang berbuka puasa di sini untuk menunaikan solat Maghrib.,” ujarnya.

Semua hidangan lazat di bufet Ramadan restoran 10Binjai di hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre boleh dinikmati sepuas-puasnya pada harga RM118 net (dewasa) dan RM78 net (kanak-kanak).

Untuk maklumat lanjut dan tempahan hubungi 03–74903838 atau Whatsapp 01158554846.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Status Halal JAKIM Cetus Fenomena, Churros+ Kini Jadi Pilihan Utama Snek Premium

JENAMA snek premium popular, Churros+, berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan selepas secara rasmi menerima Pensijilan Halal daripada Jabatan...

More Articles Like This