Bufet Ramadan Banglo 289, sajian kampung asli dengan menu eksklusif daging rusa & ikan sungai ‘rare’

Dari Penulis

RESTORAN masakan Melayu asli terkemuka, Banglo 289, kembali mencuri perhatian menerusi Bufet Ramadan 2026 yang mengetengahkan hidangan kampung autentik bersama menu eksklusif yang jarang ditemui di kebanyakan lokasi lain.

Diperkenalkan menerusi sesi previu khas bersama wakil media dan rakan korporat di cawangan ikoniknya di Jalan Raja Chulan, bufet Ramadan kali ini membawa tema “Traditional Kampung Dishes with Soul and Journey”, sekali gus mengangkat warisan masakan Melayu lama dengan pendekatan lebih eksklusif dan bermakna.

Antara tarikan utama yang membezakan bufet Ramadan Banglo 289 tahun ini ialah penampilan menu premium seperti daging rusa yang diperkenalkan untuk tahun ketiga berturut-turut.

Pada masa sama, pelbagai pilihan ikan sungai ‘rare’ dari Pahang termasuk ikan krai, jelawat, patin dan baung yang sukar diperoleh di pasaran biasa turut disajikan buat pelanggan.

Pelbagai juadah tradisional disediakan di Banglo 289 sempena bulan Ramadan tahun ini.

Tidak terhenti di situ, pengunjung juga berpeluang menikmati hidangan laut istimewa seperti udang mantis, mentarang dan udang galah segar, menjadikan bufet ini antara yang paling unik dan eksklusif di Lembah Klang.

Selain menu istimewa, Banglo 289 turut mengekalkan identitinya dengan menyajikan pelbagai hidangan klasik Melayu seperti masak lemak, asam pedas, panggang berempah, sambal tradisional, ulam-ulaman, kuih-muih kampung serta pencuci mulut nostalgia yang membangkitkan kenangan masakan orang dulu-dulu.

Pelanggan boleh menikmati kuih-muih kampung dan pencuci mulut tradisional yang sukar didapati di tempat lain.

Bufet Ramadan Banglo 289 ditawarkan di tiga lokasi

Bagi Ramadan 2026, Bufet Ramadan Banglo 289 akan ditawarkan di tiga lokasi utama iaitu:

  • Banglo 289, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur
  • ⁠Banglo 289, Elmina Lakeside Mall, Shah Alam
  • ⁠Banglo 289, IOI City Mall, Putrajaya

Menambah daya tarikan, pelanggan turut boleh menikmati tawaran tempahan awal (early bird) dengan diskaun sehingga 20 peratus, atau harga serendah RM95 seorang, tertakluk kepada terma dan ketersediaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Banglo 289, Shareen Farzida Sukri berkata, penawaran menu unik seperti daging rusa dan ikan sungai ‘rare’ adalah sebahagian daripada usaha restoran itu untuk memberikan pengalaman berbuka puasa yang lebih eksklusif dan berkualiti.

“Bufet Ramadan bukan sekadar tentang kuantiti makanan tetapi rasa, kualiti dan pengalaman.

“Kami mahu setiap tetamu pulang dengan kenangan… rasa yang mengingatkan mereka kepada masakan kampung dan nilai kekeluargaan,” katanya.

Syed Saddiq dan Bella Astillah turut hadir memeriahkan sesi previu khas Bufet Ramadan Banglo 289, baru-baru ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa Banglo 289 merancang untuk membuka cawangan keempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA Terminal 2) dalam masa terdekat, selari dengan sambutan positif yang diterima daripada pelanggan tempatan dan pelancong.

Langkah pengembangan ini juga menyokong aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026) yang menekankan pengalaman budaya dan gastronomi tempatan sebagai tarikan utama pelancongan negara.

Bufet Ramadan Banglo 289 akan ditawarkan sepanjang bulan Ramadan 2026 di semua cawangan terlibat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This