Bulan Ramadan bakal tiba. Masa yang dinantikan untuk beribadah, juga berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati juadah berbuka puasa.
Menyemarakkan lagi suasana ibadah tahun ini, Hotel Maya Kuala Lumpur City Centre memperkenalkan Secret Garden: Chapter 4 – The Enchanted, bufet berbuka puasa eksklusif yang menampilkan gabungan tradisi Melayu dengan sentuhan moden.
Bertempat di Maya Brasserie, Aras 1, kafe ikonik hotel ini menyajikan kulinari istimewa untuk tahun keempat sempena bulan Ramadan.

Edisi 2026 diilhamkan daripada bunga wisteria, simbol keanggunan, kesinambungan dan kekuatan yang dijalin rapi dalam menghubungkan warisan Melayu tradisional dengan sentuhan moden.
Chef Mokhzani Mazmadi dan Chef Rizuwan Ahmad mendedahkan, antara hidangan utama untuk Ramadan kali ni ialah Salmon Fish Head Curry Nyonya Style dan Udang Galah Raja Berserai.

Selain itu, bufet ini turut menampilkan pelbagai pilihan hidangan tempatan dan kontemporari. Antaranya ialah Sup Tulang, Shawarma, Chicken Mandy Rice dengan Kambing Bakar, Ayam Masak Rose, Patin Masak Tempoyak, Ekor Lembu Asam Pedas, juga ada Soft Serve Ice Cream.


Harga buffet pula pula ialah RM139 nett untuk dewasa, RM79 nett untuk warga emas dan RM69 nett untuk kanak-kanak. Manakala untuk tetamu hotel pula yang menginap di sini, anda akan mendapat diskaun sebanyak 10%.
Namun, jika mahu mendapat tawaran harga lebih rendah, ada early bird pada harga RM119 nett seorang dewasa, tersedia sehingga 10 Februari 2026 (Isnin hingga Khamis sahaja).

